Masak bersama ikan keli;
Harta melimpah bukan impian,
Selaut kasih lebih bererti.
Pedas rasanya cabai Melaka,Masak bersama ikan keli;
Sekali hatinya terguris luka,
Nikmat syurga jauh sekali.
Air dicedok dari perigi,
Membasuh tangan selepas makan;
Andai dia telah pergi,
Sepotong doa anak sedekahkan.
Serai serumpun sirih sejunjung,Diletak orang di tengah laman;
Kasih ibu tiada penghujung,
Menjadi sanjungan ke akhir zaman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar